Felda Palong Timur bersempadan dengan Kampung Pudu, Kampung Lanjut, Kampung Puting dan Kampung Mensudut. Manakala Pekan Batu Anam pula merupakan pekan yang paling hampir dengan Felda Palong Timur. Selain itu, kawasan Felda Palong Timur juga dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Felda Palong Timur 1, Felda Palong Timur 2 dan Felda Palong Timur 3.
Saturday, March 20, 2010
PAlOnG tImUr'S hISToRy..///......
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau dikenali sebagai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah dikuatkuasakan. Felda Palong Timur dibuka secara berperingkat-peringkat iaitu Felda Palong Timur 1 dan Felda Palong Timur 2 pada tahun 1981 dan Felda Palong Timur 3 dibuka pada tahun 1985. Pada tahun 1981, kawasan 7112.12 hektar tanah rancangan dibahagikan kepada dua iaitu 3834.56 untuk kawasan peneroka dan 3277.56 hektar tanah untuk kawasan perladangan di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit. Sebelum pembukaan kawasan Felda Palong Timur merupakan kawasan Hutan Simpan Palong yang terletak di sempadan Negeri Sembilan. Selepas pembukaan kawasan peneroka, timbul kekeliruan kedudukan yang terletak bersempadan Negeri Sembilan dan Johor. Peneroka mengambil inisiatif untuk menamakan kawasan tanah rancangan tersebut sebagai Felda Palong Timur kerana kedudukannya menghala ke arah timur Johor.
Pelbagai pengalaman yang perit getir dilalui mereka ketika menjadi peneroka awal. Segala masalah dan kekurangan tidak menjadi halangan kepada mereka malah membakar semangat peneroka untuk terus berjuang berbakti pada tanah. Kini, Felda telah menyediakan pelbagai prasarana dan latihan kepada peneroka bagi memastikan generasi tersebut terus kekal di tanah rancangan. Kesepakatan dan kejayaan membuka kawasan penempatan seperti sekarang tidak hanya bergantung pada seorang sahaja tetapi kerjasama setiap peneroka menjadi kekuatan dalam memelihara dan membangunkan tanah rancangan Felda Palong Timur.

Subscribe to:
Posts (Atom)